Sunday, June 21, 2009

Kenangan Indah....

Salam all,

Teringat kembali kenangan2 indah ketika dahulu... terbaca blog kawan seperjuangan td... teringat kembali zaman2 jadi pelajar di perantauan... ni ada sikit gambar2 yang diambil dari blog member tu... sebenornya banyak lagi gambar2 dalam simpanan..tp entah, malas nak upload gambar2 yang banyak tu... lebih prefer ambik dari blog dia jer....






Tuesday, June 16, 2009

Kejohanan Sukan Staf IPTA 2009

Tempat: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Tarikh: 3 hingga 13 Jun 2009














Wednesday, May 13, 2009

Family Day 2009












Alhamdulillah tanggal 2 Mei yang lepas, majlis hari keluarga Haji Zaini B Saderi buat julung kalinya di adakan di Parit Haji Ali, Kuala Kurau Perak.

Alhamdulillah, majlis telah selamat diadakan dengan jayanya. Buat pertama kalinya majlis seumpama ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua wakil keluarga. Walaupun kehadiran hanyalah mencapat 80% dari keseluruhan keluarga Arwah Hj Zaini Saderi, namun respond dari kesemua yang hadir amat positif. Ada yang mengatakan majlis seumpama ini perlu diteruskan dan diharapkan kehadiran pada tahun2 akan datang mencecah 100%. InsyaAllah…

Majlis yang julung-julung kali ini diadakan bertujuan untuk mengumpul kembali kesemua keluarga Arwah Hj Zaini disamping dapat beramah mesra antara yang hadir. Majlis juga diisi dgn tazkirah pagi dan disusuli dgn tahlil arwah serta jamuan untuk para tetamu jemputan. Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi taa’ruf antara setiap keluarga yang hadir… Rupa-rupanya ramai jugak sepupu-sepapat yang masih belum mengenali antara satu sama lain. Ada juga yang baru mengetahui nama sebenar pakcik makcik yang hadir… Maksudnya, nama yang seing digunakan itu adalah nama gelaran, dan nama pendaftaran adalah nama yang lain. Kelakar kan… itula, kalau tidak di buat majlis ni entah sampai bila kita tidak mengenali antara satu sama lain…

Majlis diteruskan dengan sukaneka kanak-kanak dan juga orang dewasa termasuklah pakcik dan makcik yang hadir… Sangat menyeronokkan… melihat telatah dan gelagat kanak-kanak kecil sehinggalah orang tua yang hadir….pelbagai sukaneka diadakan seperti isi air dalam botol, mewarna, tiup belon, bawa bola pingpong, musical chair, dsbg… Sungguh meriah sekali… Aktiviti petang pula diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada semua yang menang termasuklah cabutan bertuah… walaupun hadiah tidaklah sehebat mana, yang penting adalah kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh semua. Alhamdulillah, kebanyakkan yang hadir telah menerima hadiah masing-masing…

Malamnya diadakan jamuan bbq.. terima kasih kepada yang menyumbang ikan dan udang untuk hidangan malam tersebut… tak lupa juga kepada sepupu yang menyumbangkan kek harijadi… Sempena menyambut hari lahir pada bulan Mei.. nampaknya ramai jugak antara keluarga yang lahir pada bulan Mei (termasuklah penulis..hehehe)…. Aktiviti tamat pada lewat malam dan beberapa ahli keluarga yang tinggal berhampiran pulang ke rumah masing-masing dan ada jugak yang bermalam di kampung… Terima kasih kepada yang hadir.. insyaAllah jika diizinkan majlis seumpama ini akan diadakan setiap tahun…

Wassalam.

SBM.

Wednesday, May 6, 2009

Pahit Manis Alam Pertunangan




Alhamdulilah setelah semua selesai, semua jelas. Kami sepakat bertunang baru-baru ini. Sebelum itu, tunang telah memberitahu bahawa dia tidak suka jika kami kerap berhubung lantaran tiada ikatan yang sah. Tunang juga berkata, jika tiada apa-apa tak perlu lah ber"msg"..

Sepanjang Jun hngga Oktober ..ana dan tunang cuma bertemu sekitar 3 kali. Itu pun di rumah keluarga ana. Ana sangat kagum dengan akhlak tunang. Mak dan Abah pun suka apabila dia mengimamkan solat ketika di rumah kami.

Sejak pertemuan kami Jun lalu, tunang tidak pernah menelefon. Namun, ana faham mengapa tunang tidak menelefon. Telah diterangkan kepada ana pada pertemuan yang kedua.

Pendek kata, ana tidak gusar dan bimbang dengan dia. Namun, sejak akhir-akhir ini, sangat bimbang di hati ana. Ana pun tak tahu kenapa.

Alam Pertunangan Yang Menguji

Tahniah saya ucapkan kepada setiap pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan. Sama ada sudah melangsungkan majlis pertunangan atau belum, pokoknya setiap pasangan yang telah mengikat janji setia itu sudah pun bertunang.

Seperti mana-mana perhubungan sesama manusia, tiada bezanya alam pertunangan dengan persahabatan atau sesama suami isteri, sentiasa penuh dengan ujian dan perasaan. Bezanya sepasang yang bertunang dengan sepasang suami isteri ialah mereka terbatas sebagai pasangan yang bukan muhrim.

Perasaan sayang yang terbina dan terkumpul selepas ikatan janji dimeterai adalah lumrah alam ataupun sunnatullah. Amat mustahil sedikit perasaan pun tidak ada di dalam hati. Ia hanya dapat disyariatkan dengan akad nikah.

Di sinilah Islam menggalakkan agar dipercepatkan alam pertunangan itu.

Apa yang boleh dilaksanakan semasa di alam pertunangan ini ialah kedua-duanya harus sentiasa berbaik sangka. Dibuangkan segala prasangka yang buruk yang merugi lagi melalaikan.

Tujuan Berkomunikasi

Tidak salah berkomunikasi jika tujuannya betul. Perbincangan seperti tempoh pertunangan, urusan perkahwinan, perancangan tempat tinggal selepas perkahwinan , perancang keluarga itu perlu.

Kita bukan sahaja hanya dibenarkan berjumpa di rumah perempuan, kita juga boleh bertandang ke rumah keluarga lelaki. Saya rasa ini tidak salah lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai lelaki (dan juga perempuan) yang bertopeng. Seorang lelaki mungkin sudahpun beristeri semasa melamar seseorang perempuan. Tunang perempuan dan keluarga boleh bertandang ke rumah keluarga lelaki bagi merapatkan hubungan asalkan mendapat persetujuan keluarga lelaki. Kalau keluarga lelaki setuju tetapi mendapat tentangan dari tunang (lelaki), maka mungkin ada udang di sebalik batu!

Pada budi bicara saya, hadiah dibenarkan sebagai tanda peringatan. Maka, tidak salah kita berberi bagi merapatkan hubungan. Mungkin di sini hikmahnya cincin pertunangan itu walaupun setakat ini saya belum lagi menjumpai hukum sebenar pemakaiannya.

Berikut sedikit petikan perihal pertunangan yang saya ambil daripada http://saifulislam.com/?p=1261

Dalam usaha untuk menjaga batas-batas agama, kerana seorang tunang dengan tunangnya masih tetap warga asing yang ajnabi, kadang-kadang banyak persoalan pelik yang ditimbulkan.

Soal berapa kali agama membenarkan sms, menunjukkan unsur-unsur robotik dalam kefahaman pelajar tersebut tentang mengukur komitmennya dalam beragama.

"Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati ini tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan", saya menyambung peringatan.

Mintalah fatwa dari hati… di samping hati itu juga pula sentiasa berada dalam nada sedar yang baik terhadap Allah SWT.

Antara hikmah bertunang ialah untuk saling belajar mengenal, insan baru yang bakal menjadi teman seumur hidup. Tetapi proses kenal mengenal itu masih dalam keadaan kedua-duanya adalah pasangan yang belum ada ikatan yang menghalalkan pergaulan. Maka bijak-bijaklah dalam mengatur.

Telefon, email, sms… tanya khabar.

Cuma bersederhanalah.

Bila hati rasa tidak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering. Itu sahaja.

Terutamanya ketika menjelang perkahwinan. Banyak perkara yang harus dibincangkan. Maka berbincanglah… dan kemaskan sistem kawalan diri.

Berbincang tentang syariatullah, berbincang tentang sunnatullah.

Akhir kata dari saya, tenangkan diri dengan doa dan solat. InsyaAllah perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Kalau jodoh tetap jodoh. Kalau bukan, itulah yang terbaik buat kita.

Wallahu a'lam.


Sumber: http://ummusaif.com/2008/10/pahit-manis-alam-pertunangan/

Tuesday, May 5, 2009

Belakungsawa

Alfatihah...

Takziah kepada Maklong Sekeluarga...


Gambar: Allahyarham duduk di tengah (Baju putih)

Tepat jam 2.30 pagi 1 Mei yang lalu aku menerima panggilan dari Pakcik Azmi mengkhabarkan kematian Paklong... Allahyarham merupakan abang sulung kepada Ayahanda tercinta... Walaupun Ayahanda telah meninggalkan kami lebih awal dari beliau (Paklong)... lebih 20 tahun yang lalu...

Paklong meninggal di Hospital Selayang jam 1.30 pg disebabkan oleh sesak nafas... difahamkan Allahyarham mengalami sesak nafas sejak beminggu-minggu yang lalu dan telah dimasukkan ke dalam wad di Hospital Selayang... Selain dari sesak nafas Allahyarham juga mempunyai pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dll... Mungkin juga disebabkan umur Allahyarham yang telah mencecah 65 tahun... Maka penyakit2 tersebut tanpa segan silu singgah sementara menunggu ajal beliau tiba... Mungkin itulah yang mampu aku katakan dan yang pasti setiap asbab kejadian sesuatu itu pasti ada hikmah disebaliknya...

Walaupun aku mempunyai agenda lain di pagi 1 Mei, Alhamdulillah aku sempat juga menziarahi dan bersama-sama solat jenazah dan pengkebumian, tanda penghormatan terakhir kepada Allahyarham.. Mayat telah selamat dikebumikan selepas solat zohor dan alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan baik sekali... Semua keluarga Allahyarham (Pakcik makcik dan sepupu sepapat) pulang memberikan penghormatan terakhir kepada beliau... Semoga roh Allahyarham diberikan ketenangan di sana dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman... Ingatlah, alam barzakh hanyalah persinggahan sementara dan yang pasti akhirat jualah kekal abadi... Di situlah tujuan dan matlamat kita semua... InsyaAllah... Semua akan ke sana jua... InsyaAllah...

Wassalam.

SBM.

Saturday, April 25, 2009

Tahniah kepada BMCD 2005-2009




Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Bachelor of Mechanical Engineering (Design & Innovation) batch 2005-2009 yang akan menamatkan pengajian di UTeM tidak lama lagi...

Sekalung penghargaan dan tahniah di atas kejayaan anda dalam mengharungi suka duka selama 4 tahun di UTeM. Saya doakan agar anda semua akan lebih matang dalam menghadapi cabaran di dunia luar kelak...

Selamat maju jaya!!!
Gambatte ne!!!
All the best!!!

SBM.

Selamat berangkat....

Salam semua,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada yang akan berangkat ke luar negara tidak lama lagi... Semoga kalian semua akan dipermudahkan segala urusan di sana dan akan membawa kejayaan yang cemerlang...

Rafidah bt Hassan => Leeds, United Kingdom

Faiz Redza b Ramli => Kanazawa, Jepun

Rainah bt Ismail => Scotland, United Kingdom


Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!

Credited to Afza: Bro, thanks for the photo!

Friday, April 24, 2009