Wednesday, December 31, 2008

~ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 ~


Wassalam.

SHAFIZAL BIN MAT

ESQ Leadership Training...

Assalamualaikum semua,

Hmmm... hari ni sempat bertemu dengan kawan2 sepejabat dan dapatlah berborak panjang dengan diorang semua.. kira dapat gathering balik setelah sebulan tidak bertemu... masing-masing sibuk dengan Latihan Industri, Bengkel, Kursus, etc... Hmm... setelah sekian lama tak jumpa macam2 la cerita yang dapat dikongsi bersama...

Antara yang paling menarik minat saya ialah ESQ training... Apa itu ESQ? Hmmm.. saya pun tidak dapat menjawabnya dgn tepat... lebih baik tanya kpd peserta2 training tersebut (Afza, Nazri, Kamarul, Siti Hajar, Rizal Alkahari).. tak gitu Afza?

Jadi, rasa terpanggil untuk menulis sedikit mengenai ESQ ni sbb dengarnya kecoh satu Universiti mengenai ESQ training ni... Quote dari seorang peserta "Memang best ESQ ni, rugila kalau tak pegi.. memang berbaloi attend training ni, bla..bla.." ada jugak komen dari kawan yang tak dapat pergi... "Menyesalnya tak dapat pergi, dah tak sabar untuk attend for the next training"... dan bermacam-macam lagi la komen dan pandangan dari rakan2 yang sudah pergi mahupun yang hanya mendengar dari mulut peserta2 lain...

Briefly,

ESQ Leadership Training is a 2 or 3 days training that uses a character development module, “The ESQ Way 165″. It was founded by Dr. Ary Ginanjar Agustian and it was proven useful since there is more than 600 000 alumni around the world. ESQ Leadership Training is a blend of modern management, spirituality and science.

Please visit: www.esq.com.my

Check it out!!!










...and many more at youtube... visit now!!!

# http://www.youtube.com/watch?v=AWpChbAY2xs&feature=related
# http://www.youtube.com/watch?v=7TR0ebZyizM&feature=related
# http://www.youtube.com/watch?v=TtnOUsYWNdM

Wassalam.

Tuesday, December 30, 2008

Pengganas Yahudi Menyerang Dunia



Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Tiada kata yang dapat menggambarkan sakit hati dan kemarahan kita terhadap Yahudi di ketika ini. Sudah masuk hari ketiga Palestin diserang!.

Laporan berita BBC sebentar tadi ( 29 Dis 08 jam 10 pm waktu UK) memaparkan petikan ucapan Setiausaha Agung United Nation, Ban Ki-Moon yang amat tidak waras lagi tidak beraqal. Namun sejuta maki hamun kita masih belum mampu membantu rakyat Muslim Palestin.

Mr Ban said he was "deeply alarmed" by the escalation of violence in Gaza. While recognising Israel's right to defend itself from militant rocket attacks, he condemned its "excessive use of force". (http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/middle_east/7803711.stm)

Laporan bertulis BBC itu tidak memasukkan ucapan awal Ban yang mengecam Hamas sebagaimana yang disiarkan dalam berta mereka. Namun anda boleh mendengar sendiri ucapannya di link BBC di atas.

Ban berkata :-

"kami mengecam serangan yang dilakukan oleh Hamas terhadap Israel, dalam pada masa kami mengakui hak Israel untuk mempertahankan dirinya, kami turut mengecam serangan besar-besaran yang dilakukan Israel"

Nada selari tanpa aqal ini sebenarnya dikarang oleh White House sebagaiman dilaporkan oleh White House

The White House, meanwhile, said Monday that Israel was not looking to "retake" the Gaza Strip and was only acting to defend its citizens (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)

Demikianlah rupa United Nation yang begitu menikus dalam kenataaannya sehingga menafikan fakta, mujur laporan berita BBC kelihatan lebih rasional dengan kelihatan tidak berpuasa hati dengan serangan Israel, ia juga mendedahkan betapa rakyat Palestin di Gaza yang dipenuhi dengan orang awam diserang.

Laporan mereka turut mendedahkan beberapa kawasan Israel yang diserang namun dengan jelas pengulas mengatakan, perasaan takut di kawasan Israel terlalu sedikit berbanding suasana menakutkan di Gaza.

KEMATIAN DAN KEMUSNAHAN

Di Gaza, dilaporkan sekitar 350 orang Palestin telah maut dimamah senjata dan sebahagian dari jumlah tersebut disahkan dengan rasmi adalah orang awam, kanak-kanak dan wanita serta orang awam tanpa senjata. Sekitar 1550 orang pula cedera. Manakala menurut laporannya hanya 4 orang Yahudi maut dalamserangan balas HAMAS.

Sebuah keluarga diragut hidup mereka di waktu sedang tidur apabila rumah mereka terkena serangan bom, dinding runtuh dan hanya seorang sahaja yang selamat.

OBJEKTIF SERANGAN

Berita BBC turut melaporkan, pihak Yahudi dilaporkan sengaja menyerang besar-besaran bagi meningkatkan rasa keyakinan terhadap pertahanan dan ketenteraan mereka serta menimbulkan rasa takut di kalangan musuhnya, terutamanya Hamas dan Hizbullah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Yahudi, Haim Ramon ; Objektif utama mereka pula adalah menjatuhkan kerajaan pimpinan HAMAS, DAN MEREKA HANYA AKAAN BERHENTI SERANG APABILA KERAJAAN DIAMBIL OLEH SESIAPA SELAIN HAMAS!. (http://www.aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=198833)

Motif tersirat adalah pembersihan etnik Palestin dari muka bumi.! Bukankah dahulu US dan kuncunya sibuk mempromosikan demokrasi ? dan HAMAS adalah kerajaan yang sah di pilih melalui sistem tersebut! Justeru mengapa diganggu dan ingin dijatuhkan secara keji!.

Jurucakap tentera Israel, Avi Benayhu pula melaporkan serangan ini hanya baru di peringkat permulaan, berates-ratus kereta kebal Israel sedang berbaris di sempadan menunggu isyarat serang. Moga mereka hancur sebelum sempat menyerang.

YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST

Benar, itulah Yahudi Israel jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika

Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...

(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and

(ii) appears to be intended

• to intimidate or coerce a civilian population;

• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or

• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.

Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila memulakan serangan tanpa sebarang perbincangan dengan kuasa dunia uyang lain.

BANTUAN TERPANTAS KITA

La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.

Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.

Bacalah doa ini:

اللهم يا حي يا قيوم يا ذا الجلال والإكرام يا ودود يا ذا العرش المجيد يا فعال لما يريد نسألك اللهم بأسمائك الحسنى وصفاتك العلى واسمك الأعظم يا منشئ السحاب يا منزل الكتاب يا هازم الأحزاب ..اهزم الطغاة المجرمين من اليهود والنصارى الذين يريدون أن يعثوا فسادا في اجسادهؤلاء المسلمين ..

وانصر المسلمين والمجاهدين عليهم..اللهم انصرنا عليهم في كل مكان..اللهم أرنا فيهم عجائب قدرتك .. اللهم أحصهم عددا واقتلهم بددا ولا تغادر منهم أحدا..اللهم اجعلهم غنيمة للمسلمين..اللهم اجعل سلاحهم في صدورهم وكيدهم في نحورهم وتدبيرهم تدميرا لهم...

اللهم أنزل بهم بأسك وبطشك ورجزك وعقابك وأليم عذابك.. اللهم لا ترفع لهم راية واجعلهم لمن خلفهم آية..اللهم إن زرعهم قد دنا حصاده فهيئ لهم يدا من الحق حاصدة تحصد جذوره وتستأصل شروره..

اللهم أهلكهم كما أهلكت إرم وعاد ... اللهم صب عليهم سوط عذاب فإنهم أفسدوا في البلاد وقتلوا العباد.. اللهم إنهم لا يرجون لك وقارا.. اللهم إنهم يصفونك بما أنت منزه عنه، سبحانك اللهم عما يقولن علوا كبيرا.. سبحانك اللهم وتعاليت عما يقولون علوا كبيرا...

اللهم اشف صدورنا منهم..اللهم عذبهم واجعل قتلهم على أيدي المسلمين ..اللهم سلط النصارى على اليهود واليهود على النصارى وأهلك الظالمين بالظالمين وأخرج أمة محمد من بينهم سالمين..

اللهم ارحم المسلمين من المستضعفين .. اللهم آمن روعاتهم واستر عوراتهم واحفظ ذرياتهم وارحم ثكالاهم واحفظ أياماهم واجعل أطفالهم شفعاء وقتلاهم شهداء،.. اللهم أقم على الحق دولتهم واجمع على التوحيد كلمتهم .. اللهم انصرهم.. اللهم انصرهم..اللهم انصرهم..

اللهم اجعل الملائكة تعينهم..اللهم سدد رميهم .. اللهم سدد رصاصهم...اللهم اجعل سلاحهم غنيمة في أيدي المسلمين...اللهم افتح أبواب الجهاد في كل مكان .. اللهم ارزق المسلمين أبواباً إلى الجهاد في كل مكان ..يا ربالعالمين .. اللهم نصرك .. اللهم نصرك .. اللهم نصرك .. ياحي ياقيوم برحمتك نستغيث .. سبحانك ربنا عز جارك، وجل ثناؤك، وتقدست أسماؤك، سبحانك وبحمدك، لا يهزم جندك، ولا يخلف وعدك، يا حي يا قيوم، ياذا الجلال والإكرام.

اللهم إن هؤلاء اليهود قد طغوا وبغوا، وظلموا وأفسدوا، اللهم أنزل عليهم رجزك وبأسك وغضبك وعذابك إله الحق، اللهم إن هؤلاء اليهود قد طغوا وبغوا، وظلموا وأفسدوا،

اللهم أنزل عليهم رجزك وبأسك وغضبك وعذابك إله الحق.
اللهم منزل الكتاب، ومجري السحاب، وهازم الأحزاب، اهزم اليهود الغاصبين المحتلين، وزلزلهم. اللهم خالف بين قلوبهم، وفرق جمعهم، وشتت شملهم، وزلزل أقدامهم، وأنزل بهم بأسك الذي لا يرد عن القوم المجرمين. اللهم إنا نجعلك في نحورهم، ونعوذ بك من شرورهم.

اللهم انصر إخواننا في لبنان فلسطين وافغانستان والعراق وجميع بلاد المسلمين . اللهم انصر إخواننا في لبنان فلسطين وافغانستان والعراق وجميع بلاد المسلمين .

اللهم كن لهم مؤيداً ونصيراً، ومعيناً وظهيراً. اللهم إنهم حفاة فاحملهم، وضعفة فقوهم. اللهم ارحم ضعفهم، واجبر كسرهم، وقوي عزائمهم، واحفظ عليهم دينهم، واجمع كلمتهم، ووحد صفوفهم.

اللهم أنت المرتجى؛ لا ملجى إلا إليك. اللهم إنا نسألك لهم فرجاً عاجلاً، ونصراً مؤزراً. اللهم لقد مسهم الضر.

اللهم فاكشف عنهم هذه الغمة، واكشف الغمة عن إخواننا المسلمين وفي كل مكان. اللهم انصر إخواننا المجاهدين في سبيلك في كل مكان. اللهم انصرهم في لبنان وفلسطين والعراق وفي كل مكان يا رب العالمين.

اللهم انصر دينك وكتابك وسنة نبيك وعبادك الصالحين. اللهم انصر دينك وكتابك وسنة نبيك وعبادك الصالحين. اللهم من أرادنا بسوء فأشغله بنفسه واجعل كيده في نحره.
اللهم صلي وسلم وبارك على نبينا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين. سبحان ربك رب العزة عما يصفون، وسلام على المرسلين، والحمد لله رب العالمين

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Disember 2008

*Menara Taming Sari~The only Rotating Tower in Malaysia*







Officially opened for business on the 18th of April 2008, Menara Taming Sari is the first and only gyro tower in Malaysia so far. Measuring 110 metres in height, its revolving structure offers a 360-degree panoramic view of Malacca town and beyond.

Located in the popular district of Bandar Hilir on Jalan Merdeka, only 3 minutes’ walk from Mahkota Parade Shopping Complex and Dataran Pahlawan Megamall, the tower is named after the Taming Sari keris, a mythical weapon said to possess mystical powers belonging to the legendary Malay warrior, Hang Tuah. Even the structure’s design follows the shape of the keris, with the peak of the tower resembling the its hilt.

Built using advanced Swiss technology, the tower’s structure is reportedly tough enough to withstand earthquakes measuring up to 10 on the Richter scale. Able to accommodate 66 people per viewing session, which lasts about 7 minutes, the glass cabin hypnotically revolves as it rises from the ground to the top of the tower.

Once it reaches the top, a breathtaking, sprawling view of Malacca as far as the eye can see, up to the Straits of Malacca, is clearly visible, especially in good weather, with the Melaka River running through the grand panorama below.

In addition to the opportunity to get a bird’s-eye view of Malacca, the attraction is also fitted with 5 commercial outlets consisting of a café, a restaurant and souvenir shops.

Tower Specifications
Tower Name : Menara Taming Sari (360 degree viewing tower)
Tower Design : Keris Taming Sari
Height : 110 meter
Passenger capacity at one time : 66 passengers
Technology : Gyro / Switzerland
Ride Duration: 7 minutes
Official Website : www.menaratamingsari.com

Monday, December 29, 2008

~Malacca at Night~

Pemandangan diambil sekitar hampir masuk waktu solat magrib... Subhanallah, memang cantik sunset ni. Dapat ambik secara live depan masjid Tanjung Kling... Tapi yang tak bestnyer ada 2 makhluk sedang syok ber'cengkarama'... memang niat di hati ni nak jer tegur, tapi tak de kekuatan... tegur dalam hati jer yang mampu... Eye on Malaysia... diambil masa dalam Menara Taming Sari, tu yang tak berapa clear..sebab menara taming sari sedang berputar 360 darjah...

Sekitar di Menara Taming Sari... Walaupun jam menghampiri 11 malam, masih ramai manusia berada di sekitar menara... ramai yang baru datang dan beratur untuk menaiki menara tersebut... secara keseluruhan, semua ahli keluarga puas hati dapat naik menara dan menikmati pemandangan malam sekitar bandaraya Melaka... So, pada siapa yang nak datang melaka jgn lupa naik menara ni (kalau tak silap ketiga tertinggi selepas menara KL dan Alor Setar).. memang berbaloi dengan tiket RM10 utk dewasa... cuma mengambil masa 7 minit lebih... walaupun kurang puas menikmati suasana malam, tapi rasanya okla sebab ramai sgt yang beratur...so, kira fair le untuk pelawat yang sanggup beratur berjam-jam... Sekitar Bandaraya Melaka di waktu malam... memang menarik waktu malam di Melaka ni... banyak tempat2 yang cantik2... tapi waktu malam ler... tapi frust sebab tak dapat menaiki river cruise sbb ramai sgt pelawat malam tersebut... punyala susah nak dapatkan parking last2 dapat tau tiket dah fully booked sebab ada satu company ni dah booked untuk 700 tiket untuk malam tu... then, terus pegi Eye on Malaysia, tapi tak kesampaian disebabkan sesat jalan..hehehe... so, terus gi ke Menara Taming Sari.. So, dinasihatkan sesiapa yang nak jalan2 di Melaka ni pastikan anda mempunyai co-driver yang betul2 expert dengan jalan2 di Melaka untuk mengelakkan sesat dan traffic jam... lagi satu, pastikan tempat yang anda ingin lawati tu ada disediakan parking space kerana sukar untuk dapatkan parking space during festive and peak seasons... Welcome to Malacca... Visit Malacca means Visit Malaysia...

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430






Assalamualaikum wbt,

Kepada semua rakan dan teman, muslimin dan muslimat. Saya mengucapkan semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada ALLAH SWT, dimurahkan rezeki dengan RAHMATNYA dan sentiasa dalam KEREDHAANNYA... aminn...

Wassalam.

Thursday, December 25, 2008

Sunday, December 21, 2008

Kedua






Perjalanan yang meletihkan, itulah ungkapan yang dapat aku katakan buat teman semua setelah beberapa hari di Bumi Kenyalang nun jauh di seberang sana... beberapa hari yang lalu (15-18 Dis) aku telah ditugaskan untuk mengadakan lawatan industri di Sarawak... bertujuan untuk mengadakan pertemuan pertama dengan pelajar-pelajarku yang sedang menjalankan latihan praktik selama 20 minggu...


Latihan Industri (LI) juga dikenali sebagai practical training adalah satu kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar universiti... pelajar Universitiku (bukan aku yang punya) juga tidak terlepas untuk mengambil kursus ini, dan beza antara setiap pelajar ku dan universiti lain hanyalah pada kaedah pengendalian kursus tersebut.. setiap universiti mempunyai kaedah yang berbeza dari segi pelaksanaannya dan aku yakin hampir kesemua universiti di dalam negara kita berbeza namun, matlamat dan objektif nya haruslah sejajar dengan kehendak negara...


Day 1:
Berbekalkan sedikit pengalaman semasa lawatan LI pertama kali di Sabah (bulan Mei yang lalu) aku telah memulakan perjalanan dengan menghubungi semua pelajar dan mengadakan temujanji dengan mereka...alhamdulillah semua persediaan perjalanan telah dipermudahkan dan akhirnya aku berlepas ke Bintulu, tempat pertama dalam sejarah hidupku menjejaki kaki di bumi kenyalang itu... Sampai sahaja di Lapangan terbang Bintulu, terus ku mencari teksi untuk menghantar diriku ke hotel... sampai sahaja di hotel (Averly Park City Hotel, not bad hotel!) alhamdulillah pelajar ku telah menunggu ketibaan dan aku dibawa oleh mereka menikmati makanan Sarawak dan setelah itu menikmati keindahan malam sekitar Bintulu...


Day 2:
Lawatan pertama bermula dengan pertemuan bersama pelajar di Bintulu Port Sdn. Bhd. Pertemuan dimulakan dengan perbincangan bersama pelajar mengenai keadaan tempat LI dan skop latihan yang dibuat oleh mereka... Perbincangan diteruskan dengan menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk lawatan kedua (insyaALLAH bulan April) dan juga sedikit pesanan dan nasihat kepada mereka selaku pelajar (duta UTeM pun boleh jugak) yang membawa nama universiti khususnya... seterusnya lawatan pelajar kedua di LNG Petronas Bintulu... keadaan yang berbeza kerana kawalan ketat oleh pihak keselamatan dan aku tidak dibenarkan untuk memasuki dalam site disebabkan supervisor pelajar tidak dapat bertemu dengan ku... namun segala perbincangan dapat dijalankan dengan jayanya... seperti juga perbincangan dengan pelajar pertama tadi....


Aku meneruskan perjalanan ke tempat ketiga iaitu Bakun, Sarawak. Tempat dimana projek Hidro Bakun yang sudah lama dimulakan dan pernah diberhentikan buat seketika dahulu... projek ini diteruskan semula dan alhamdulillah juga tidak pernah terfikir untuk menjejak kaki ke Bakun selama ini. Namun, Allah memberi peluang ini bagi aku untuk melihat sendiri secara live keadaan sebenar projek yang menelan jutaan ringgit ini... Alhamdulillah aku tidak lepaskan peluang yang ada dan akhirnya aku dibawa oleh pelajar meninjau kerja-kerja yang sedang dijalankan... kebetulan, kerja-kerja pemasangan turbin (skala yang besar) dijalankan dan aku dapat menyaksikan kerja-kerja tersebut... Selesai lawatan tersebut aku bergegas pulang ke hotel memandangkan jarak antara Bakun dan hotel terlalu jauh dan waktu tidak mengizinkan aku berapa terlalu lama di tempat tersebut... InsyaAllah dipanjangkan umur aku akan datang untuk LI kedua dan mengharapkan pemasangan turbin tersebut dapat disiapkan... Setelah jauh perjalanan merentas hutan sepanjang jalan penuh dengan pokok-pokok alam semulajadi menghiasi bumi Allah yang Esa sesekali terjumpa sekumpulan manusia (mungkin orang asli atau orang peribumi) sedang berjalan membawa hasil hutan yang mereka temui untuk dijadikan sajian malam... Insaf seketika tatkala melihat masih ada manusia-manusia yang sedemikian keadaan dan betapa bertuahnya kita dilahirkan dalam keadaan sempurna dengan segala-galanya ini... Hmmm, dalam ketika aku melayan perasaan ini akhirnya aku selamat sampai ke hotel lebih kurang pukul 8 malam... wah, jauh perjalananku keluar pukul 8 pagi balik 8 malam...

Day3:
Penerbangan ku ke Kuching jam 12.30 tgh... Setelah seleasai check in aku masuk dalam Balai Berlepas menunggu ketibaan pesawat... Kali ini pesawat yang aku naiki adalah Fokker xxx (tak ingat jenis apa)... pertama kali naik fokker, ada jugak le kawan-kawan kata kecil dan tak selesa serta menakutkan... Hmmm, terdetik jugak dalam fikiran ni macam mana le agaknye keadaan dalam fokker tu ek? risau dan takut pun ada jugak... tapi nak buat macam mana dah itu yang ada... berserah je la... akhirnya fokker yang aku maksudkan itu pun tiba... ok la jugak keadaan dalam pesawat ini.. namun memang kecil dan kurang selesa tapi bagi aku dah cukup bagus untuk penerbangan dalam negeri yang hanya 1 jam lebih sahaja... alhamdulillah selamat sampai di lapangan terbang antarabangsa Kuching jam 1.30 ptg... Jam 2 petang terus melawat pelajar yang ke empat di Malaysia Airport Sdn. Bhd... alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan aku sempat berjumpa dengan Executive Manager Ir Jun (Electrical Engineer)... setelah tamat pertemuan dengan pelajar dan Ir Jun, aku meneruskan perjalanan ke hotel hilton, Kuching....Disana aku bertemu rakan-rakan dari UTeM iaitu Zeck, Rizal, Suhaimi, Prof. Marizan, Arab, Dr Rizal, Dr Warikh, Dr Zamberi dan Payjun (maaf kalau ader yang tertinggal)... mereka semuanya menghadiri seminar dan bengkel EAC yang dikendalikan oleh IEM..

Day 4:
Aktiviti berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Kuching sambil menikmati keindahan panorama, kami juga sempat membeli sedikit buah tangan untuk keluarga dan teman-teman di Melaka... Walaupun cuaca agak tidak memuaskan, hari hujan dari subuh sehinggalah ke malam.. kami semua pasrah dengan ketentuan Illahi... Aku pulang ke semenanjung jam 8 malam dan tiba di KLIA jam 10 malam... alhamdulillah selamat semuanya...

Begitulah coretan yang agak panjang yang dpt ku kongsi bersama... yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan...


Itulah seadanya....


Wassalam.

Saturday, December 20, 2008

Pertama

Assalamualaikum wbt,



Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara, selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad SAW.



Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hajat untuk menjadi seorang blogger walaupun sebelum ini tidak pernah terlintas untuk menceburi dunia blog ini. Bertahun-tahun berlalu dan hanya membaca blog rakan dan teman, akhirnya terbuka pintu hati ini untuk 'mencuba' dan inilah hasil coretan pertama...



Tanggal 20 Disember 2008, 10.54 malam bertempat Paya Rumput Indah 2, Melaka, karya sulung dinukilkan khas pembuka tirai dalam kalendar hidup ku yang selama ini tidak pernah terdetik untuk menulis di dalam apa-apa jua ruangan. Buat teman semua, memang sudah menjadi lumrah dalam diriku ini hanya suka membaca dan tidak berminat untuk menulis apatah lagi mengkhususkan masa untuk menulis dalam blog... dahulu ku anggap semua ini hanyalah mainan perasaan, seolah-olah perbuatan ini hanyalah sia-sia, namun setelah mencari, dan mencari akhirnya kutemui kebaikan dan faedahnya mempunyai blog sendiri... tidaklah perlu disenaraikan kesemua kebaikannya, yang penting lontaran dan coretan serta tulisan itu dapat memberi kepuasan kepada kita... message yang ingin disampaikan perlulah mencapai objektif dan matlamatnya...



Buat teman bloggers semua, anda dialu-alukan untuk memberi pendapat, nasihat dan tunjuk ajar kepada diriku kerana aku masih lagi dalam proses 'pembelajaran' untuk menjadi seorang blogger.. setiap pandangan, kritikan, nasihat diucapkan jutaan penghargaan dan hanya Dia yang mampu membalasnya..



Terima kasih.



Wassalam.

SHAFIZAL BIN MAT