Sunday, December 21, 2008

Kedua






Perjalanan yang meletihkan, itulah ungkapan yang dapat aku katakan buat teman semua setelah beberapa hari di Bumi Kenyalang nun jauh di seberang sana... beberapa hari yang lalu (15-18 Dis) aku telah ditugaskan untuk mengadakan lawatan industri di Sarawak... bertujuan untuk mengadakan pertemuan pertama dengan pelajar-pelajarku yang sedang menjalankan latihan praktik selama 20 minggu...


Latihan Industri (LI) juga dikenali sebagai practical training adalah satu kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar universiti... pelajar Universitiku (bukan aku yang punya) juga tidak terlepas untuk mengambil kursus ini, dan beza antara setiap pelajar ku dan universiti lain hanyalah pada kaedah pengendalian kursus tersebut.. setiap universiti mempunyai kaedah yang berbeza dari segi pelaksanaannya dan aku yakin hampir kesemua universiti di dalam negara kita berbeza namun, matlamat dan objektif nya haruslah sejajar dengan kehendak negara...


Day 1:
Berbekalkan sedikit pengalaman semasa lawatan LI pertama kali di Sabah (bulan Mei yang lalu) aku telah memulakan perjalanan dengan menghubungi semua pelajar dan mengadakan temujanji dengan mereka...alhamdulillah semua persediaan perjalanan telah dipermudahkan dan akhirnya aku berlepas ke Bintulu, tempat pertama dalam sejarah hidupku menjejaki kaki di bumi kenyalang itu... Sampai sahaja di Lapangan terbang Bintulu, terus ku mencari teksi untuk menghantar diriku ke hotel... sampai sahaja di hotel (Averly Park City Hotel, not bad hotel!) alhamdulillah pelajar ku telah menunggu ketibaan dan aku dibawa oleh mereka menikmati makanan Sarawak dan setelah itu menikmati keindahan malam sekitar Bintulu...


Day 2:
Lawatan pertama bermula dengan pertemuan bersama pelajar di Bintulu Port Sdn. Bhd. Pertemuan dimulakan dengan perbincangan bersama pelajar mengenai keadaan tempat LI dan skop latihan yang dibuat oleh mereka... Perbincangan diteruskan dengan menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk lawatan kedua (insyaALLAH bulan April) dan juga sedikit pesanan dan nasihat kepada mereka selaku pelajar (duta UTeM pun boleh jugak) yang membawa nama universiti khususnya... seterusnya lawatan pelajar kedua di LNG Petronas Bintulu... keadaan yang berbeza kerana kawalan ketat oleh pihak keselamatan dan aku tidak dibenarkan untuk memasuki dalam site disebabkan supervisor pelajar tidak dapat bertemu dengan ku... namun segala perbincangan dapat dijalankan dengan jayanya... seperti juga perbincangan dengan pelajar pertama tadi....


Aku meneruskan perjalanan ke tempat ketiga iaitu Bakun, Sarawak. Tempat dimana projek Hidro Bakun yang sudah lama dimulakan dan pernah diberhentikan buat seketika dahulu... projek ini diteruskan semula dan alhamdulillah juga tidak pernah terfikir untuk menjejak kaki ke Bakun selama ini. Namun, Allah memberi peluang ini bagi aku untuk melihat sendiri secara live keadaan sebenar projek yang menelan jutaan ringgit ini... Alhamdulillah aku tidak lepaskan peluang yang ada dan akhirnya aku dibawa oleh pelajar meninjau kerja-kerja yang sedang dijalankan... kebetulan, kerja-kerja pemasangan turbin (skala yang besar) dijalankan dan aku dapat menyaksikan kerja-kerja tersebut... Selesai lawatan tersebut aku bergegas pulang ke hotel memandangkan jarak antara Bakun dan hotel terlalu jauh dan waktu tidak mengizinkan aku berapa terlalu lama di tempat tersebut... InsyaAllah dipanjangkan umur aku akan datang untuk LI kedua dan mengharapkan pemasangan turbin tersebut dapat disiapkan... Setelah jauh perjalanan merentas hutan sepanjang jalan penuh dengan pokok-pokok alam semulajadi menghiasi bumi Allah yang Esa sesekali terjumpa sekumpulan manusia (mungkin orang asli atau orang peribumi) sedang berjalan membawa hasil hutan yang mereka temui untuk dijadikan sajian malam... Insaf seketika tatkala melihat masih ada manusia-manusia yang sedemikian keadaan dan betapa bertuahnya kita dilahirkan dalam keadaan sempurna dengan segala-galanya ini... Hmmm, dalam ketika aku melayan perasaan ini akhirnya aku selamat sampai ke hotel lebih kurang pukul 8 malam... wah, jauh perjalananku keluar pukul 8 pagi balik 8 malam...

Day3:
Penerbangan ku ke Kuching jam 12.30 tgh... Setelah seleasai check in aku masuk dalam Balai Berlepas menunggu ketibaan pesawat... Kali ini pesawat yang aku naiki adalah Fokker xxx (tak ingat jenis apa)... pertama kali naik fokker, ada jugak le kawan-kawan kata kecil dan tak selesa serta menakutkan... Hmmm, terdetik jugak dalam fikiran ni macam mana le agaknye keadaan dalam fokker tu ek? risau dan takut pun ada jugak... tapi nak buat macam mana dah itu yang ada... berserah je la... akhirnya fokker yang aku maksudkan itu pun tiba... ok la jugak keadaan dalam pesawat ini.. namun memang kecil dan kurang selesa tapi bagi aku dah cukup bagus untuk penerbangan dalam negeri yang hanya 1 jam lebih sahaja... alhamdulillah selamat sampai di lapangan terbang antarabangsa Kuching jam 1.30 ptg... Jam 2 petang terus melawat pelajar yang ke empat di Malaysia Airport Sdn. Bhd... alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan aku sempat berjumpa dengan Executive Manager Ir Jun (Electrical Engineer)... setelah tamat pertemuan dengan pelajar dan Ir Jun, aku meneruskan perjalanan ke hotel hilton, Kuching....Disana aku bertemu rakan-rakan dari UTeM iaitu Zeck, Rizal, Suhaimi, Prof. Marizan, Arab, Dr Rizal, Dr Warikh, Dr Zamberi dan Payjun (maaf kalau ader yang tertinggal)... mereka semuanya menghadiri seminar dan bengkel EAC yang dikendalikan oleh IEM..

Day 4:
Aktiviti berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Kuching sambil menikmati keindahan panorama, kami juga sempat membeli sedikit buah tangan untuk keluarga dan teman-teman di Melaka... Walaupun cuaca agak tidak memuaskan, hari hujan dari subuh sehinggalah ke malam.. kami semua pasrah dengan ketentuan Illahi... Aku pulang ke semenanjung jam 8 malam dan tiba di KLIA jam 10 malam... alhamdulillah selamat semuanya...

Begitulah coretan yang agak panjang yang dpt ku kongsi bersama... yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan...


Itulah seadanya....


Wassalam.

No comments:

Post a Comment