Saturday, April 25, 2009

Tahniah kepada BMCD 2005-2009




Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Bachelor of Mechanical Engineering (Design & Innovation) batch 2005-2009 yang akan menamatkan pengajian di UTeM tidak lama lagi...

Sekalung penghargaan dan tahniah di atas kejayaan anda dalam mengharungi suka duka selama 4 tahun di UTeM. Saya doakan agar anda semua akan lebih matang dalam menghadapi cabaran di dunia luar kelak...

Selamat maju jaya!!!
Gambatte ne!!!
All the best!!!

SBM.

Selamat berangkat....

Salam semua,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada yang akan berangkat ke luar negara tidak lama lagi... Semoga kalian semua akan dipermudahkan segala urusan di sana dan akan membawa kejayaan yang cemerlang...

Rafidah bt Hassan => Leeds, United Kingdom

Faiz Redza b Ramli => Kanazawa, Jepun

Rainah bt Ismail => Scotland, United Kingdom


Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!

Credited to Afza: Bro, thanks for the photo!

Friday, April 24, 2009

Sunday, April 12, 2009

Bertemu Kembali...

Assalamualaikum semua,

Pertama sekali saya mohon ampun dan maaf kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini... Sejak kebelakangan ini memang malas nak menulis apa-apa dalam blog ni...entahle mana datangnye makhluk bernama "malas' ni... harap2 cepat-cepatlah dijauhkan dengan makhluk ni...

ALhamdulillah, ketika ini diberi kekuatan menggunakan kudrat yang ade menulis sedikit pengalaman yang dilalui minggu ini... Menghadiri Bengkel Persediaan Audit Program Oleh Agensi kelayakan Malaysia (MQA) yang di adakan di Seremban. Memang meletihkan!!! itulah ungkapan yang boleh dikatakan setelah selesai bengkel tersebut disamping dapat menyiapkan beberapa dokumen untuk semakan MQA nanti...

Kemahiran Insaniah (KI) juga dikenali soft skill... satu perkataan yang seringkali didengari oleh ahli2 akademik mahupun pelajar2 IPT... Satu elemen yang akan diterapkan dalam setiap matapelajaran yang akan di ajar di IPT... Setiap pelajar akan dinilai dari segi kemahiran insaniah individu yang mana pada akhir pengajian, Universiti dapat melahirkan graduan yang berilmu tinggi serta bersahsiah mulia... lebih kurang gitu ler bunyinyer..dah malas nak komen lebih2 pasal KI ni... FYI, memang dah lama kitorang bertungkus lumus menyediakan modul KI ni dan rasanya dan nak termuntah dengar perkataan LOKI vs Bloom taxomony etc... Harap2 apa yang dihajatkan akan tercapai la ek...

Berbalik mengenai bengkel (workshop)... mmm nampaknya esok hari pertama pelajar2 menduduki peperiksaan akhir.. ini bermakna bermula la episod bengkel berbengkel ni... memang dah tersusun bengkel-bengkel yang akan diadakan minggu by minggu ni...cuma nak tak nak jer ikut... so, tunggula kalau nama tersenarai jawabnya berbengkel la kita...hehehe.... Ada seorang peserta bengkel merungut pagi tadi, katanya "bengkel dah berpuluh-puluh kita pergi, tapi kereta tak baik2 jugak"....hehehe... dalam maksudnyaa tu... Bak kata TNC (Akademik & Antarabangsa) dalam ucapan penutup beliau; "inilah lumrah universiti baru, jadi memang kita tidak terlepas untuk berbengkel ni sbb nak membangunkan sebuah universiti baru bukannya mudah dan banyak elemen-elemen yang perlu disemak dah dimantapkan, berbeza dengan IPTA2 yang sedia ada yang sememangnya dah mantap..."

Akhirnya, diucapkan terima kasih kepada TNC (A&A) kerana memberikan semangat dan inspirasi kepada kitorang sebagai staf yang muda2 yang masih jauh lagi perjalanan dalam membangunkan Universiti ini. Diharap dengan usaha sekecil ini akan diberkati olehNya dan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Wassalam.
SBM.