Thursday, January 8, 2009

Jom Boikot Barangan Yahudi dan Israel

Salam Pertemuan kembali,

Maaf agak lama tidak meng'update' blog ini... Sejak kebelakangan ni banyak pula hal2 yang perlu diselesaikan disamping tugas2 hakiki yang wajib didahulukan.. Jadi, masa agak terhad dan posting pun agak lambat diterbitkan...

Isu yang ingin bincangkan adalah mengenai keganasan yang berlaku di Palestin... Yahudi laknatullah alaihim ajma'in ini dah melampau dan kejam membunuh saudara2 kita di Palestin... Apa yang mampu kita buat? Difikir-fikir sejauh manakah kita mampu untuk membantu mereka? Tiada jawapan yang benar2 melegakan kita... Justeru, saya menyeru diri saya dan rakan2 sekalian untuk membantu mereka dengan apa cara sekali pun asalkan kita dapat menyelamatkan mereka di sana...

Dalam perjalanan pulang dari opis tadi, terdengar sebuah radio menyeru umat Islam di Malaysia khususnya supaya memulaukan atau memboikot barangan-barangan buatan Yahudi dan Israel... Hmm, baru teringat yang siang tadi ada menerima email mengajak kita memboikot barangan tersebut... Hmm, rasanya terlalu banyak barangan-barangan buatan Yahudi yang ada di pasaran kita... Persoalannya, mampukah kita untuk memboikot barangan tersebut? atau matikah kita kalau tidak dapat membeli barangan tersebut? dan banyak lagi persoalan2 yang timbul...

Jadi, saya menyeru agar semua dapat memboikot barangan2 buatan Yahudi dan Israel ini supaya mereka sedar dengan kuasa kita sebagai umat islam umat yang terbesar didunia ini mampu melemahkan mereka dengan cara sebegini... InsyaALLAH berkat usaha kita ini ALLAH dapat menolong saudara kita di sana.. Cara lain adalah dengan membaca sebanyak mungkin doa2 memohon bantuan dari ALLAH swt dan juga membaca doa Qunut Nazilah di dalam solat..

Sebagai contoh:-

a) Bacalah Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b) Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c) Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d) Dan banyak lagi waktu doa maqbul.



Gambar di atas adalah antara barangan2 yang ada hubung kait dengan Yahudi dan Israel... Banyak lagi barangan2 lain yang perlu di boikot seperti Coke, Colgate, StarBucks, McDonalds dsbg..

Sila layari http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php

Marilah kita memohon bantuan dari ALLAH SWT agar kekejaman dan kesengsaraan ini akan berakhir dan mengembalikan kegemilangan dan kesejahteraan umat ISLAM.

Sebenarnya, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk membantu rakyat Palestin.

Sila lawat http://www.zaharuddin.net/content/view/789/32/

Semoga ALLAH memberkati usaha murni rakan2 semua... InsyaALLAH.

Wassalam.

SHAFIZAL B MAT

1 comment:

  1. Pot gambo brgn tu dicopy-cat sy, i.Allah nk post kt blog kami jge..tq!

    ReplyDelete