Tuesday, May 5, 2009

Belakungsawa

Alfatihah...

Takziah kepada Maklong Sekeluarga...


Gambar: Allahyarham duduk di tengah (Baju putih)

Tepat jam 2.30 pagi 1 Mei yang lalu aku menerima panggilan dari Pakcik Azmi mengkhabarkan kematian Paklong... Allahyarham merupakan abang sulung kepada Ayahanda tercinta... Walaupun Ayahanda telah meninggalkan kami lebih awal dari beliau (Paklong)... lebih 20 tahun yang lalu...

Paklong meninggal di Hospital Selayang jam 1.30 pg disebabkan oleh sesak nafas... difahamkan Allahyarham mengalami sesak nafas sejak beminggu-minggu yang lalu dan telah dimasukkan ke dalam wad di Hospital Selayang... Selain dari sesak nafas Allahyarham juga mempunyai pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dll... Mungkin juga disebabkan umur Allahyarham yang telah mencecah 65 tahun... Maka penyakit2 tersebut tanpa segan silu singgah sementara menunggu ajal beliau tiba... Mungkin itulah yang mampu aku katakan dan yang pasti setiap asbab kejadian sesuatu itu pasti ada hikmah disebaliknya...

Walaupun aku mempunyai agenda lain di pagi 1 Mei, Alhamdulillah aku sempat juga menziarahi dan bersama-sama solat jenazah dan pengkebumian, tanda penghormatan terakhir kepada Allahyarham.. Mayat telah selamat dikebumikan selepas solat zohor dan alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan baik sekali... Semua keluarga Allahyarham (Pakcik makcik dan sepupu sepapat) pulang memberikan penghormatan terakhir kepada beliau... Semoga roh Allahyarham diberikan ketenangan di sana dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman... Ingatlah, alam barzakh hanyalah persinggahan sementara dan yang pasti akhirat jualah kekal abadi... Di situlah tujuan dan matlamat kita semua... InsyaAllah... Semua akan ke sana jua... InsyaAllah...

Wassalam.

SBM.

3 comments:

  1. takziah untuk awak sekeluarga. moga awak sekeluarga tabah..insyaAllah

    ReplyDelete
  2. takziah pot..hilang lg satu keluarga ko..

    ReplyDelete
  3. Takziah...rebutlah 5 perkara sebelum hilang 5 perkara..

    ReplyDelete