Wednesday, May 13, 2009

Family Day 2009












Alhamdulillah tanggal 2 Mei yang lepas, majlis hari keluarga Haji Zaini B Saderi buat julung kalinya di adakan di Parit Haji Ali, Kuala Kurau Perak.

Alhamdulillah, majlis telah selamat diadakan dengan jayanya. Buat pertama kalinya majlis seumpama ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua wakil keluarga. Walaupun kehadiran hanyalah mencapat 80% dari keseluruhan keluarga Arwah Hj Zaini Saderi, namun respond dari kesemua yang hadir amat positif. Ada yang mengatakan majlis seumpama ini perlu diteruskan dan diharapkan kehadiran pada tahun2 akan datang mencecah 100%. InsyaAllah…

Majlis yang julung-julung kali ini diadakan bertujuan untuk mengumpul kembali kesemua keluarga Arwah Hj Zaini disamping dapat beramah mesra antara yang hadir. Majlis juga diisi dgn tazkirah pagi dan disusuli dgn tahlil arwah serta jamuan untuk para tetamu jemputan. Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi taa’ruf antara setiap keluarga yang hadir… Rupa-rupanya ramai jugak sepupu-sepapat yang masih belum mengenali antara satu sama lain. Ada juga yang baru mengetahui nama sebenar pakcik makcik yang hadir… Maksudnya, nama yang seing digunakan itu adalah nama gelaran, dan nama pendaftaran adalah nama yang lain. Kelakar kan… itula, kalau tidak di buat majlis ni entah sampai bila kita tidak mengenali antara satu sama lain…

Majlis diteruskan dengan sukaneka kanak-kanak dan juga orang dewasa termasuklah pakcik dan makcik yang hadir… Sangat menyeronokkan… melihat telatah dan gelagat kanak-kanak kecil sehinggalah orang tua yang hadir….pelbagai sukaneka diadakan seperti isi air dalam botol, mewarna, tiup belon, bawa bola pingpong, musical chair, dsbg… Sungguh meriah sekali… Aktiviti petang pula diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada semua yang menang termasuklah cabutan bertuah… walaupun hadiah tidaklah sehebat mana, yang penting adalah kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh semua. Alhamdulillah, kebanyakkan yang hadir telah menerima hadiah masing-masing…

Malamnya diadakan jamuan bbq.. terima kasih kepada yang menyumbang ikan dan udang untuk hidangan malam tersebut… tak lupa juga kepada sepupu yang menyumbangkan kek harijadi… Sempena menyambut hari lahir pada bulan Mei.. nampaknya ramai jugak antara keluarga yang lahir pada bulan Mei (termasuklah penulis..hehehe)…. Aktiviti tamat pada lewat malam dan beberapa ahli keluarga yang tinggal berhampiran pulang ke rumah masing-masing dan ada jugak yang bermalam di kampung… Terima kasih kepada yang hadir.. insyaAllah jika diizinkan majlis seumpama ini akan diadakan setiap tahun…

Wassalam.

SBM.

3 comments:

  1. Bestkn! mcm2 xtvt kanak2 ada..
    Ptt diteruskn..baik utk sillaturrahim keluarga.

    ReplyDelete
  2. Yup, memang best.. First time buat dan nampaknya dapat sambutan dari semua keluarga... Btw, Izu ada blog baru ke? or ade ID baru... bila nak pindah rumah baru? Tak sabar nak lawat baby Iris.. datang le rumah, lama korang tak datang rumah...

    SBM.

    ReplyDelete
  3. wahh pot mesti ko org yg paling sibuk n paling kecoh sekali kannnn

    ReplyDelete