Monday, December 29, 2008

~Malacca at Night~

Pemandangan diambil sekitar hampir masuk waktu solat magrib... Subhanallah, memang cantik sunset ni. Dapat ambik secara live depan masjid Tanjung Kling... Tapi yang tak bestnyer ada 2 makhluk sedang syok ber'cengkarama'... memang niat di hati ni nak jer tegur, tapi tak de kekuatan... tegur dalam hati jer yang mampu... Eye on Malaysia... diambil masa dalam Menara Taming Sari, tu yang tak berapa clear..sebab menara taming sari sedang berputar 360 darjah...

Sekitar di Menara Taming Sari... Walaupun jam menghampiri 11 malam, masih ramai manusia berada di sekitar menara... ramai yang baru datang dan beratur untuk menaiki menara tersebut... secara keseluruhan, semua ahli keluarga puas hati dapat naik menara dan menikmati pemandangan malam sekitar bandaraya Melaka... So, pada siapa yang nak datang melaka jgn lupa naik menara ni (kalau tak silap ketiga tertinggi selepas menara KL dan Alor Setar).. memang berbaloi dengan tiket RM10 utk dewasa... cuma mengambil masa 7 minit lebih... walaupun kurang puas menikmati suasana malam, tapi rasanya okla sebab ramai sgt yang beratur...so, kira fair le untuk pelawat yang sanggup beratur berjam-jam... Sekitar Bandaraya Melaka di waktu malam... memang menarik waktu malam di Melaka ni... banyak tempat2 yang cantik2... tapi waktu malam ler... tapi frust sebab tak dapat menaiki river cruise sbb ramai sgt pelawat malam tersebut... punyala susah nak dapatkan parking last2 dapat tau tiket dah fully booked sebab ada satu company ni dah booked untuk 700 tiket untuk malam tu... then, terus pegi Eye on Malaysia, tapi tak kesampaian disebabkan sesat jalan..hehehe... so, terus gi ke Menara Taming Sari.. So, dinasihatkan sesiapa yang nak jalan2 di Melaka ni pastikan anda mempunyai co-driver yang betul2 expert dengan jalan2 di Melaka untuk mengelakkan sesat dan traffic jam... lagi satu, pastikan tempat yang anda ingin lawati tu ada disediakan parking space kerana sukar untuk dapatkan parking space during festive and peak seasons... Welcome to Malacca... Visit Malacca means Visit Malaysia...

5 comments:

  1. Julai lalu tiket naik menara taming sari tu still rm20 per person..bler la nk naik menara ni kan?

    ReplyDelete
  2. oo yeke Rm20? hari tu pun tgk kat phamplet dia tulis RM20/person.. terkejut gak macam mahal jer..tp at last RM10 jer..so, kira ok la kot..mungkin hari izu pegi tu orang tak ramai dan mungkin tempoh naik tu agak lama (15 min ker)..sbb time kitorang g hari tu ramai sgt yang menunggu...diorang pendekkan tempoh naik tu kot..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah..memang hebat ciptaan Allah. cantik n indah sungguh pemandangan di melaka waktu malam. byk tmpt gak ek kat mlk yg boleh dilawati..hehe.

    ReplyDelete
  4. HA, thanks for droped by my blog... alhamdulillah banyak gak tempat2 menarik kat Melaka ni.. cuma yang tak bestnyer, banyak tempat best2, jalan jammed la pulak... btw, thank you!!!

    ReplyDelete
  5. amboii pott bila masa lak ko g jalan2 melaka ni..time kitaorg ada xnk plak ko bw g jalan2..hehhee

    ReplyDelete