Thursday, January 22, 2009

Nihon go benkyoo o shimasu (I will learn Japanese Language)

Assalamualaikum semua,

Pertama sekali, saya mohon maaf kerana agak lama tidak meng'update' blog ini.. Agak sibuk dengan tugas-tugas hakiki di pejabat sejak kebelakangan ini.. Tambahan pula minggu menyiapkan soalan peperiksaan untuk semester ini... Alhamdulillah soalan peperiksaan dah siap disediakan dan baru saja dihantar ke moderator untuk disemak..harap-harap tiada kesalahan yang perlu diperbetulkan...

Hmmm... dlm kesibukan menyiapkan soalan peperiksaan ini, saya sempat menghadiri kelas bahasa ketiga..iaitu kelas bahasa Jepun... so interesting, sbb sensei (cikgu) yang ajar sangat berpengalaman dan mudah untuk kita mempelajari bahasa ini... Minggu pertama dan kedua kami diajar dengan tulisan Hiragana yang merupakan tulisan yang paling mudah dlm bahasa jepun ni... untuk pengetahuan, bahasa jepun ada 3 jenis tulisan iaitu hiragana, katakana dan kanji... kanji adalah merupakan yang paling sukar...

Antara yang sempat dipelajari:

Hajimemashite => How do you do.
Ohayoo gozaimasu => Good morning
Konnichiwa => Good afternoon
Kombanwa => Good evening
Sumimasen => I am sorry or excuse me
Oyasumi nasai => Good night
Arigatoo gozaimasu => Thank you
Doo itashimashite => You are welcome

And many more...

"ITTERASSHAI" - "Have a good time"; "See you later."

Wassalam.

3 comments: